Sejarah bersama Cikgu Zurida

Kenali Sejarah, Cintai Sejarah, Hargai Sejarah


Menurut Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.


Saturday, September 27, 2014

Mutiara Kata Kemerdekaan

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/?page_id=3071

Hari Kemerdekaan Tahun 2014


I love Sejarah


LATIHAN 1

Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
A
Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi
B
Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
C
Zaman ketika bumi dilanda musim kemarau yang panjang
D
Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu.2.
Bilakah bermulanya Zaman Air Batu?
A
5.0 juta tahun dahulu
B
 4.0 juta tahun dahulu
C
2.3 juta tahun dahulu
D
2.6 juta tahun dahulu3.
Berikut adalah keadaan yang berlaku pada Zaman Air Batu
kecuali
A
 terdapat banyak bongkah ais besar terbentuk pada zaman ini
B
air sungai dan air laut menjadi cair pada zaman ini
C
bukit dan gunung dilitupi air batu
D
haiwan dan tumbuh-tumbuhan menjadi beku4.
Pergerakan glasier yang disebabkan oleh pencairan air batu telah menyebabkan terbentuknya
A
bukit dan gunung
B
daratan dan lautan
C
sungai dan tasik
D
 hutan



Thursday, September 25, 2014

NOTA SEJARAH TAHUN 4

ZAMAN AIR BATU

Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasier gunung.Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai suatu tempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.